Senarai Barang Keperluan Baby
(Untuk Hospital Bag Checklist, klik sini)
Update - 01 Disember 2021
Rasanya dah tiba masa saya kemaskini senarai ni. Saya tambah tab untuk First Birthday dan edit semua tabs daripada sebelum ni. Bolehlah muat turun melalui pautan di bawah ya:
Senarai Barang Keperluan Baby 2.1 - tolong jangan edit dalam Google Drive ya.
Sebagai peringatan:
- Senarai saya ni berdasarkan kemahuan dan pengalaman saya sendiri. Setiap orang mempunyai keperluan, citarasa, dan kemahuan yang berbeza. Baby saya lelaki dan tempoh berpantang saya 3 bulan. Anda boleh rujuk senarai saya ni secara umum, tapi saya sangat mengesyorkan anda juga membuat penyelidikan anda sendiri.
- Barang2 yang ditebalkan adalah wajib mengikut pengalaman saya. Bagi anda mungkin berbeza tapi saya betul2 rasa barang2 ni tidak boleh diabaikan.
- Harga2 yang disenaraikan adalah jumlah anggaran yang saya telah bayar untuk barang tu ATAU jumlah maksimum yang saya sanggup bayar. Saya bukanlah bergaji besar tapi macam yang saya cakap tadi, saya ada rasa menyesal tidak beli yang lebih bagus.
- Baby cepat besar, jadi tidak perlu belanja banyak untuk baju baby! Yang ini boleh beli bundle. Memanglah terpulang pada anda tapi betul ni, kuantiti yang saya syorkan dalam spreadsheet ni dah mencukupi selagi anda rajin membasuh kain hahaha! Lagipun baju baby muat untuk 3-4 bulan saja, lepas tu kena beli baru. Saya ada jugak beli baju yang comel=mahal sikit tapi cukup sepasang sudah, one for the milestone album.
- Untuk tahun pertama, pilih onesies sahaja. Dah cakap tadi, baby cepat besar. Onesies ni ada jual set 3, 4, 5, 6 helai sekali jadi dapat jimat di situ.
- Beli baju baby online. Ok saya syorkan beli semua barang lain dari kedai fizikal sebab anda perlu cek sendiri saiz/rupa/feel barang tu dan tidak perlulah ambil risiko shipping lagi - terutamanya barang2 yang bulky dan cecair. Tapi baju baby memang sangatlah mahal di kedai fizikal. Silalah ke Shopee untuk beli.
- Baby mahukan perhatian daripada anda lebih daripada apa2 yang lain. Jadi tidak perlu beli banyak mainan. Untuk 4 bulan pertama tidak perlu mainan langsung. Saya belikan baby macam2 mainan dia tidak kisah pun. Bila dia besar sikit dah boleh start main, sekejap saja dia dengan mainan tu.
Bagi anda yang tinggal di hometown saya Kota Kinabalu, my go-to baby shops are Baby Wonderland di Metro Town Kolombong (lengkap semua barang baby di sini) dan Littlegiuk di Plaza 333 Donggongon (baby weaning heaven for working mums lol). Satu lagi Baby Sunshine di 88 Marketplace Kepayan dan di mall2 pun ada Little Me, Anakku, Mothercare dll. Tempat pertama saya pergi untuk cari barang baby mula2 dulu ialah Servay Likas. Untuk barang2 habis pakai macam sabun basuh, lampin, diaper wipes, dan susu formula beli lah di Bataras yang terdekat dengan anda hahaha!
Untuk first-time parents macam saya, berikut saya bagi secara ringkas gambaran barang2 yang tersenarai. Selamat membeli-belah!
Sebelum Bersalin
Habis Pantang
(baby hampir 3 bulan)
6 Bulan
- Baby berumur 6 bulan atau lebih dan sekurang2nya 2 kali ganda lebih berat daripada berat semasa dia lahir. Sebelum memenuhi dua syarat ini, sistem penghadaman bayi sebenar2nya belum bersedia.
- Baby duduk tegak tanpa sokongan. Baby mesti boleh mengawal pergerakan kepala sepenuhnya. Memberi makan solid food sebelum baby ada skill ni sangat tinggi risiko tercekik.
- Baby telah hilang tongue-thrust reflex. Tongue-thrust reflex ni ada pada bayi sejak lahir untuk mengelak tersedak/tercekik. Dia automatik tolak lidah dia keluar. Selagi refleks ni tidak hilang tiada keperluan untuk memberi makan solid food kepada baby. Refleks ni akan hilang sendirinya.
- Baby menunjukkan minat untuk makan. Bila diberi makan baby sendiri akan bersandar ke depan dengan mulutnya ternganga.
![]() |
| Untuk BLW, anda tidak perlu membeli baby food maker (stim sahaja seperti biasa) dan mangkuk/sudu untuk menyuap baby - hidangkan makanan directly atas tray kerusi makan baby. |
![]() |
| Rajin-rajinlah mengkaji jenis mainan yang sesuai mengikut peringkat umur baby. Saya pernah cuba cara Montessori tetapi nampaknya tidak sesuai dengan saya |
Hampir 9 Bulan
![]() |
| Pada umur ni baby boleh mandi dalam bathtub biasa dengan sokongan bath seat. Terpulang pada anda. |























Ulasan