Hospital Bag Checklist

Sama seperti Senarai Barang Keperluan Baby saya sebelum ni, senarai semak barang bersalin ini juga saya sediakan berdasarkan kehendak dan pengalaman saya sendiri dan keperluan anda mungkin berbeza. Saya telah bersalin di HWKKS Likas (i.e. bukan hospital swasta), semasa pandemik COVID-19 dan tidak dibenarkan walau seorang pun peneman sewaktu bersalin. Kemudian baby saya pula lahir dengan G6PD-deficiency jadi saya terduduk lama pula di hospital. Saya kemaskan barang cukup2 sahaja sebab ingatkan tidak lama stay dan hasilnya masa 5 hari itu adalah waktu paling stressful bagi saya. Oleh itu, senarai ini saya buat sambil berfikir, "better safe than sorry". Kalau ikutkan ini dah overpacking, jadi sesuaikanlah dengan keperluan anda sendiri ya.

Bagi saya lebih mudah kalau bawa satu beg sahaja. Bayangkan anda sambil menahan sakit bersalin kena bawa barang2 ni semua ke hulu ke hilir hospital. Jadi cara saya, pack semua ke dalam bagasi beroda. Harap ja la roda dia tidak rosak hahaha!

Hospital Bag Checklist - Tolong edit your own copy shj


Mungkin sebab pandemik masa tu - meals dihidangkan buffet style & saya kena sediakn mangkuk serta sudu garfu sendiri juga.


Sediakan sekurang-kurangnya dua set ziploc bag baju baby tu dan masukkan semua sekali dalam luggage bag ibu. Bila nurse minta barang baby, serahkn satu bag ziploc bersama toiletries baby


Semoga dipermudahkan semua urusan anda, amin.








Ulasan