Contoh Resume / CV Mohon Kerja Kerajaan

Saya menghadiri temuduga baru-baru ini dan dalam e-mel jemputan temuduga yang saya terima terdapat satu makluman yang sedikit menghairankan di mana saya diminta untuk menyertakan "Latarbelakang Keluarga" di dalam resume. Saya tidak nampak di mana relevannya maklumat seperti ini dalam permohonan kerja namun disebabkan pihak berwajib yang berkenaan telah meminta secara bertulis seperti demikian maka saya pun sediakanlah resume seperti yang diminta.

Selain Latarbelakang Keluarga, emel tersebut juga menggariskan keperluan untuk menyertakan maklumat yang lebih terperinci berkenaan pengalaman bekerja serta latarbelakang pendidikan. Ini juga sedikit berlainan dari format resume lazim yang ringkas dan padat. 

Ketik untuk muat turun

Saya tidak tahulah jika ini akan membantu sesiapa tapi selamat maju jaya.

Ulasan