GDM

Kandungan saya sudah sampai 35 minggu. Pada minggu ke-29 saya telah didiagnosis dengan GDM ataupun gestational diabetes mellitus. Nurse suruh diet sahaja dulu tapi akhir ceritanya sekarang saya kena ambil 750 mg metformin, sekali dengan diet jugak huhu.. Kadang2 terlanggar diet sebab susah untuk kawal diri lagi-lagi dalam keadaan hormonal tengah mengandung ni.

Nurse memang cakap awal2 lagi macam mana kalau kena GDM ni. Jadi disebabkan saya tidak mahu ulang-alik klinik seharian untuk cek darah saya pun terus beli alat dia tu sendiri.

Kit ni saya beli dengan harga lebih kurang RM 70 dari Caring Pharmacy di Imago. Dia bundle sekali dengan satu kotak 10 test strip. Selepas habis yang itu saya kena beli lagi tiga kotak 25 test strips (yang 50 test strip tiada terjumpa). Kos dia sampai RM 100 jugak la..

Masa birthday saya hari tu ada jugak makan kek. Pastu kadang2 makan jugak aiskrim, coklat dsb. Tapi alhamdulillah tidak juga setiap hari hahaha! BSP saya selalu jugak di bawah tahap bahaya (limit yang nurse bagi = 5.3 mmol/L). Nurse ajar ikut jadual macam ni:

  • 7.30 AM - Sarapan
  • 9.00 AM - Snek sikit
  • 9.30 ~ 11.30 AM - Minum air sahaja
  • 12 ~ 1 PM - Makan tengahari
  • 3 PM - Snek lagi, orang mengandung tetap kena makan jugak bha
  • 3.30 ~ 5.30 PM - Minum air sahaja
  • 7 PM - Makan malam
  • 7.30 ~ 9.30 PM - Minum air sahaja
  • 10 PM ~ 7.30 AM - Stop makan minum dsb.
Saya selalu tidak makan banyak sebab bersedih tidak boleh makan manis pun. Jadi memang suku-suku-separuh. Waktu makan snek saya makan buah, kacang, atau biskut kering. Dalam sehari tu minum 2-3 gelas susu. Kalau memang tiada mood makan jugak lah manis2 tu.. Masa awal2 tu walaupun ada makan manis bacaan gula dalam darah masih ok most of the time. Tapi makin lama nampaknya badan ni tidak mampu deal. 


Inisiatif saya sendiri untuk cek regularly sebab first timer's paranoia. Saya cek 3 hari sahaja dalam seminggu sebab test strip tu mahal. Saya sediakan jadual ni pastu print untuk catatkan bacaan. Saya guna pen biru kalau level ok, pen merah kalau level tidak ok haha

So rupanya kalau ada GDM ni mesti bersalin awal. Doktor akan atur untuk induce labour. Saya kena induce nanti 30 haribulan Julai ni, dua minggu lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin. Bagus jugak la, tidak tertunggu2 masa surprise. Tapi yang kurang bagusnya makin sikit pula masa yang tersisa untuk siapkan semua persediaan untuk baby baru huhu.. Masih menunggu suami untuk sampai dan punggah segala barang2 berat ni. Baju baby semua even tilam dia pun sudah siap basuh lipat, cuma tinggal kerja memunggah2 perabot.

Now begins the two-week countdown.

Ulasan